Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1883

Wujud lagi ke? Part 4

$
0
0

Haha..
Yang ni MY pun tertanya tanya?
ada ke wanita yang tak sukakan emas?
Alangkan lelaki pun suka emas...
Ini pulak wanita...

Yang tak suka pakai perhiasan emas ramai...
Tapi tak suka emas tu?
Tak tahu la ada ke takde...
Kadang kadang ada orang tak suka pakai perhiasan emas ni sebab sebab dia yang sendiri,
Mungkin faktor kerjaya dia melarang pakai barang kemas,
Jadi leceh dia nak buka pakai,
Mungkin juga sebab anak kecik dia asyik tarik barang kemas dia, 
atau cincin bunga2 dia calarkan muka baby, 
Atau tempat tinggal dia banyak kes samun dan ragut..
Atau memang tak minat pakai perhiasan...simple...

Emas ni aset yang mudah dicairkan..
Tak macam rumah dan tanah kebun tu...
Nak jual paling kurang 3 bulan baru selesai segala urusan berkaitan guaman, pejabat hasil, pejabat tanah, bank, dan lain lain lagi..
Cuma,
Emas ni,
Kalau baru beli, dah nak jual,
susut nilai dia tinggi.
Sesuai jadi simpanan jangka panjang.

MY pun tak suka pakai perhiasan emas yang besar besar,
Tapi faktor utama tak pakai emas besar tu sebenarnya sebab tak mampu nak beli....
hahaha..
Lagi satu,
Kalau MY pakai gelang dan cincin emas besar besar,
Fuhh..
Mesti meletop kalah Mami Jarum dan DS Vida..

hah engkau!
yang kat jari DS Vida tu, beyblade pun kalah

Kalau tak suka pakai perhiasan emas sekalipun,
Mama Yan tetap rasa kita kena ada sedikit simpanan emas,
Tak kira lah dalam bentuk perhiasan, dalam bentuk jongkong emas ataupun dalam bentuk dinar,
kalau kita ni bukan dari golongan kayangan,
tak payah la beli design yang pelik-pelik dan canggih lagi rare,
buat mahal bayar upah je..
Beli je design biasa biasa...upah murah..
Kualiti emas sama je...
Tapi kalau anda memang takkan ada masalah kewangan sampai bila bila..
Takkan jejak masuk ar-rahnu,
Tak kisah la nak beli design yang macam mana pun...

Lagi satu,
jangan sesekali beli gelang tangan berbentuk bangle keras tu,
Masa beli berat,
Masa nak jual balik, 
Dia kira harga emas je,
Besi pembentuk dalam bangle tu kena tarik keluar dulu..
emasnya aje yang ditimbang...
Rugi banyak dah kat situ.
Sebab tu kita kena suka emas,
Baru tahu bagaimana nak melaram dan melabur emas..

Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkankan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw telah bersabda,
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Dinar = emas
dirham= perak









 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1883