Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1883

Doakan Ibu Mentuaku

$
0
0

 Hari ni, ibu mentua Mama Yan masuk wad sebagai persediaan pembedahan mastektomi payudara kerana barah. Doakan segala urusan dipermudahkan dan diangkat segala kesakitannya. 

Dalam keadaan pandemik macam ni... tak tahu boleh jaga tak lepas pembedahan nanti. Harap harap boleh la... hari ni suami MY uruskan dulu kemasukan ibunya ke wad dan jalani ujian Covid terlebih dahulu.

Ulang tahun kelahiran anak kembar MY jatuh pada hari Rabu ni, 22 September. Tapi atoknya masih di hospital lagi pada hari tersebut, kami awalkan sikit majlis potong keknya. Kali ni beli kek di Baker's Cottage Pekan Nanas, Kek Warmest Chocolate. Sambutan kali ni takde tiup tiup lilin... minta atok baca doa ke untuk budak kembar berdua ni... potong, makan kek dan roti canai je.


Dalam keadaan mak mentua MY yang sedih dan susah hati, taknaklah buat sambutan bergembira sangat. Selalu hari jadi ada fast food macam KFC, pizza.. tapi kali ni beli roti canai aje. 

Tempat perubatan Islam yang mak mentua MY pergi berubat tu, dia kata ayam, daging, ikan dan semua makanan berasaskan haiwan ni la punca barah. Jadi dia suruh pantang makan makanan berasaskan haiwan. Hmm... makan tempe aje laaa...

Mak mentua MY ni jarang sungguh sakit demam .. sekali sakit ni... sakit kanser terus. Sejak setahun lepas, memang kesihatannya agak merosot. Rupanya, tu tanda badannya sedang berlawan dengan kanser. Mudah mudahan, segalanya dipermudahkan.... aminnn...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1883