Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1885

Ahli baru dalam keluarga

$
0
0

Alhamdulillah..
semalam dah pasang penapis air Coway..
Sebab kakak ipar MY dah tak duduk dengan kami..
Takde orang dah nak tolong masak air...
sampai kering termos elektrik tu sebab semua lupa nak top up air...
Takleh jadi ni..
aje meletup nanti..
asyik lupa nak top up air...

coway
(abaikan bahagian sinki yang bersepah)

Yang ni harganya RM132 sebulan termasuk penyelenggaraan katanya..
servis dua bulan sekali selama 5 tahun.
Kalau beli cash RM4300,
Tapi servis percuma setahun aje..
Hmm..ada yang tak  berservis nanti...

Yang ni kapasiti airnya 21 liter...
Oklah kot untuk kami 8 beranak.
Tapi,
walaupun ada air sejuk dan air suhu bilik,
air sejuknya..
tak sesejuk dari peti ais..
So, masih lagi ambil air di sini dan masukkan dalam peti ais..
hihihi...

teringat zaman takde duit dulu dulu...
togok air paip kat masjid pun dah cukup sejuk dan segerrr... 
sekarang je memilih...


garmin golf watch
Selepas bertahun mengidam..
Akhirnya suami MY beli juga jam ni...
Dah suruh beli lama dah..
Malu malu nyau kot...
Tapi dah beli,
Jangan malas pula nak pergi menyabit.

Asalkan cukup makan pakai dan keperluan anak bini...
takde hal la nak beli apapun...
Yang penting..
Dahulukan keperluan.
Lebih lebih lagi keperluan bini..
Happy wife, Happy life...
 hahaha


 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1885