Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1886

Pelakon Korea Gong Yoo

$
0
0

Gong Yoo ni pelakon Korea pertama yang MY tahu nama dan muka,
Ni semua sebab tengok Train to Busan lah..
Sebelum tu mana tengok sangat drama atau filem Korea..
Kalau tengok pun,
lepas tu terus lupa.
Tapi movie Train to Busan tu MY rasa macam best sangat sangat...
terus la tengok drama dan filem Korea yang lain lain...

Lepas tengok Train to Busan,
Barulah google nama hero movie tu..
Nama pentasnya Gong Yoo..
Nama sebenarnya ialah Gong Ji-cheol, lahir pada 10 Julai 1979.
ohh.. dah nak masuk level level ahjushi dah...

Dah mula berlakon sekita tahun 2000.
Dah lama tu...
dah lebih 20 tahun dah..
Mama Yan tahun 2000..
hmmm..
Tahun 1 daftar semula di UTM..hihihi..
Biasalah..tak semua orang pandai bernasib baik..
Kahkahkah..

Sajalah cerita pasal Gong Yoo ni walaupun tak tahulah ada orang baca ke tidak..
Tulisan yang tidak bermanfaat langsung kan..
Tapi,
kalau tak tulis,
Takde apa pula nak tulis.
Dah tu..
Hari ni, idea yang keluar pasal artis korea pulak,
Taip aje lah..
Korea pun Korea lah..

Lepas tengok Train to Busan,
Mama Yan tengok drama Coffee Prince di youtube.
Masa tu Gong Yoo masih muda...
Masih comel...

Lepas tu ada la beberapa drama lagi yang MY tonton di Youtube...
Lepas tu, 
kat Netflix keluar drama Goblin.
Tengok skip skip je drama Goblin ni..
Mama Yan tak suka drama yang macam Goblin tu.
Drama yang paparkan malaikat maut, malaikat baik,
malaikat itu, malaikat ini,
kelahiran semula tu..
Kira kebetulan ajelah kalau muka sama..
Tapi... aishh..
Malaikat maut ada kompeni...
Bawa buku catatan ke hulu ke hilir,
Aishh..
Rosakkkk... hahaha...
Skip skip skip..
Ohh..heroin mati..
Sebelum mati betul betul ada sesi ngeteh dengan malaikat maut..
adehhh...
Ya Allah.. Lindungi akidah hamba- Mu,,Ya Allah..
So, tak tengok sangat Goblin walaupun hero dua dua kacak,
Tapi jalan cerita tak boleh diterima...
Jadi tak tengok sangat.

Padahal drama tu..
Starting dia perang perang zaman Joseon.
Alih alih...
Dia tak mati mati sebab ada sumpahan..
Lepas tu,
Yang bunuh dia pun kena sumpahan juga..
Ahh sudahhh...
Ghisau...ghisau...
Mujur la tengok kat Netflix boleh laju lajukan...
Boleh cepat cepatkan..
Boleh lompat lompatkan..

Dalam Squid Game,
Gong Yoo muncul sebagai penampilan istimewa atau 'cameo' kata orang zaman sekarang..
Tapi..
Tak berapa lama sangat pun scene Gong Yoo dalam Squid Game tu...
tapi MY belum ada kesempatan menonton Squid Game.
Tak boleh la nak cerita pasal drama tu...
Tapi rasanya,
dah ramai sangat orang bercerita pasal drama Squid Game ni.

Ni masa zaman drama Coffee Prince, 2007

Ni masa drama Squid Game, 2020

Nampakla perubahan kematangan muka dia..
Kalau MY tahun 2007 punya muka..
err.. tak pelah... taknak tunjuk. 
hahaha






 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1886