Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1884

Tak pakai skincare

$
0
0


Mama Yan pernah jadi orang yang tak pakai apa apa skincare, tak pakai minyak wangi dan tak pakai make up.
Bukan sebab malas,
Tapi sebab masa tu tak mampu.
Masih banyak hutang yang perlu dijelaskan,
Masih banyak komitmen yang perlu dilangsaikan,
Pendapatan pula tak sebesar mana.
Jadi setakat skincare tu...
Takde la penting mana pun.

yang penting gosok gigi,
mandi pakai sabun dan pakai shampoo rambut.
Cuci muka pulak, pakai sabun mandi pun boleh.
Deodorant?
bedak anak baby johnson yang orang bagi bagi hamper je pun...

Rasanya, bukan Mama Yan aje macam ni..
Masih ramai lagi orang yang susah sampai tak merasakan skin care tu satu benda yang wajib dimiliki pun.
Mama Yan ada sertai group sedekah di Facebook,
Kalau lihat dalam tu,
Insaf rasanya bila lihat permohonan permohonan dalam tu,
Bersyukur sangat dengan kehidupan yang Allah kurniakan sekarang ni,
Ramai yang lebih susah dari Mama Yan dulu.

Jadinya,
setakat takde pakai skincare,
takde hal lah..
Yang penting ada tempat perlindungan, ada makanan dan pakaian.
Yang lain tu,
kita usaha slow slow okeh?


 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1884