Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1895

Meneruskan legasi Sekolah Teknik

$
0
0




Alhamdulillah,
Semalam dah dapat surat tawaran abang ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,
Tak dapat pun SBP dan MRSM,
Belajar pun tak berapa rajin,
Dapat sekolah teknik pun dah cukup bagus dah.

Memang saja tak mohon awal awal sebab kebelakngan ni,
MY tengok,
Sekolah teknik ada buat pengambilan rayuan kedua, 
Jadi kita usahakan aje untuk mohon pengambilan rayuan,

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ni merupakan sekolah tempat ayahnya menimba ilmu sekitar tahun 1993/94.
Semoga abang jadi pelajar yang cemerlang di SMTJB nanti,
Jangan ikut perangai ayah tauu… hahaha




Mama Yan belum finalised lagi berapa total pembayaran yuran yang perlu disediakan,
Baru je lepas isi borang borang yang pelbagai jenis.
Banyak betul borang yang perlu diisi,
Ada borang kebenaran lawatan,
Borang rawatan,
Borang bius, borang akujanji, 
Borang profile,
Mamanya isi guna adobe je,
Nak tulis tangan, memang tak siap sehari,
Jangan tanya kenapa tak suruh anak isi sendiri,
Sebab tulisan dia,
Dia sendiri tak faham kadang tu,
Cikgu kalau tanda buku tulis dia,
Mesti disertai dengan kata-kata,
“Baiki tulisan anda!”

Banyak lagi barang yang takde ni,
Petang kang nak keluar cari barang dia sikit sikit,
Lepas tu nak berbuka puasa di luar,
Sebabnya,
30hb kami ada majlis berbuka puasa syarikat & keluarga,
Tapi abang pula tak dapat ikut sebab pendaftaran sekolah teknik bermula hari Ahad ni,
So, petang ni kita bawa la abang berbuka puasa buffet dulu di Pulai Spring,
Harap harap semua urusan dipermudahkan,
Aminnn





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1895

Trending Articles


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.