Quantcast
Channel: aziankhalil.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Qyla Salon Muslimah Pekan Nanas

$
0
0

Pagi semalam,
Mama Yan berkesempatan pergi mendapatkan khidmat salon rambut.
Dalam sebulan ni,
Bukan main gatal lagi kulit kepala.
beberapa kali juga cuba pergi ke salon yang MY pergi sebelum ni,
Tapi tutuplah..
tengah ada customer lah..

Asalnya semalam, Mama Yan dah berhenti dah depan salon rambut yang biasa pergi tu.
Nama salon dirahsiakan.
Lepas MY parking kereta,
Depan kedai tu tauke salon tu tengah marah marah staf dia.
Luar kedai tau.
Dengan muka menyinga dan suara melengking lengking.
Terus Mama Yan tak jadi turun.
Cari kat facebook, Salon muslimah pekan nanas..
Jumpa la iklan ni..

Terus masuk gear kereta..
Tak jadi pergi salon yang lama tu.
Kita pergi cuba salon baru.
MY taknak ulas pasal salon lama,
tapi aksi tersebut memberikan MY satu pengajaran.
Jangan marah marah depan pintu kedai atau rumah waktu pagi,
Rezeki lari lohhh...
Jadinya semalam kita cuba salon baru yang belum pun sebulan beroperasi.


Okay juga la kat dalamnya..
Masuk kena buka selipar..
Eh.. baru perasan.. diorang takde sediakan selipar bulu bulu untuk customer.
Tapi okay aje..
sebab bersih..
sentiasa disapu.
Cuma kalau ada alas kaki disediakan,
lagi best kut.

Cermin dia best ye..
ada lampu keliling.
Salon pun nampak ceria.
Rasa nak beli je cermin macam ni letak kat rumah.

Ada kipas dan aircond juga.
Memang selesa.

Semalam MY buat rawatan kulit kepala.
Kepala MY ni gatal yang amat sangat.
Tak tahu apa kenanya.
Padahal dah lama tak tukar-tukar shampoo.
Ataupun bila dah lama tak tukar shampoo,
dia dah imun sehingga tak mampu merawat atau membersih lagi.
Mama Yan garu kepala sampai luka luka kepala.
Jadi stress sangat.
Kemuncak stress tu bila MY seharian berada dalam seminar hari Sabtu tu.
Kepala MY gatal sangat sangat.
Tak boleh fokus jadinya.

Ni kalau tak jumpa salon baru ni,
Memang MY gigih je bawa kereta ke Skudai cari salon.
tak tahan dah dengan kegatalannya.


Selepas selesai buat scalp treatment..
Rasa lega sangat.
Lihatlah wajah kehappyan kegembiraan Mama Yan yang sudah tidak kegatalan...kahkahkah..

Malam tadi,
boleh la tidur dengan selesa.

Kawasan depan tempat MY ambil gambar ni agak luas juga.
Boleh la kalau nak bawa anak anak kecil sambil set rambut.
Wanita sahaja.
Jadi takde alasan la tak sempat pergi cuci rambut sebab takde orang jaga anak.

dan salon ni,
lelaki tak dibenarkan masuk ye.

Salon ni ada di tingkat atas.
Manakala tingkat bawah tu pula,
ada barbershop.
Boleh la sekali jalan..
Hantar isteri cuci rambut, suami potong rambut kat kedai bawah,
lepas tu sambung la menunggu kat kedai makan kat hujung tu...
hihihi..
Orang lelaki potong rambut sap sap sui..
10 ke 15 minit siap.
Orang perempuan...
Habisla tiga cawan teh tarik nasi lemak sepinggan pun tak siap lagi..
cuci, potong, sapu ubat, steam, cuci lagi, keringkan...
belum buat smoothing, rebonding, colouring, perming, keratin dan lain lain lagi

Lepas ni Mama Yan nak datang lagi untuk warnakan rambut pula.
Mama Yan kan kipas tak mati Britney Spears.
Harusla sesekali jadi blondie..
Kahkahkah...

Salon ni terletak di Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
Tak jauh dari Masjid Pekan Nanas, Eco Shop, Burger King semua tu.
boleh whatsapp untuk booking slot.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903