Alhamdulillah
Anak pokok jambu yang ditut dari pokok belakang rumah taman Universiti dah berjaya dipindahkan ke lama belakang rumah baru.
Alhamdulillah lagi sekali kerana Allah izinkan akar tutnya berkembang dengan baik dan subur...
Close up sikit bagi nampak pucuk pucuk muda yang baru keluar tu.
Happy betul rasa....
Cuma tut kat pokok mangga je tak jadi...
pokok mangga pun dah gondol sebahagiannya...
nak kena bersihkan bumbung awning tu dari daun dan buah mangga busuk...
musim mangga baru baru ni..
hampir semua buah busuk berulat disebabkan serangan lalat buah yang tak terkawal.
dahan pokok yang menghala ke rumah dah tebang,
yang menghala ke jalan belum lagi..
masih ada perasaan sayang di situ.
Hujung minggu ni nak buat landskap rumah..
Nak tanam pokok...
Nak pindahkan pasu pasu pokok...
Nak potong rumput.
Lepas ni nak cuci mata kat shopee tengok apa yang boleh dibeli untuk projek hujung minggu ni...
Jom..!