Ayam jaguh botak ni hari tu paling senior kat dalam reban tu... habis semua ayam bapak yang muda muda kena belasah dek jaguh botak ni... geram betul Mama Yan tengok. Kesian yang lain... nak makan pun dia tak bagi, asyik mengejar aje.
Tapi kemuncak kegeraman bila dia pecahkan telur ibu ayam yang tengah mengeram. Pantang si ibu tinggalkan telur untuk makan, jaguh botak ni akan datang pecahkan telur dan makan bahagian kuning telur tu. Jadinya... jaga kau botakkkk!!
Ayam jaguh botak ni bawak dari rumah mentua.
Tadaaa.... inilah akibat kalau kita samseng sangat.
Kali ni takde nak tulis resepi pun... setakat ayam rendang, beribu resepi kat google ni.
Malas nak tulis resepi... cuma nak share kenangan masak ayam tua ni je.
Selama ni... MY memang tak pernah masak ayam tua...
Lagi lagi ayam kampung tua...
Masak ayam kampung biasa adalah...
Tapi ayam muda...
Jadi MY memang tak tahu yang masak ayam jaguh mengambil masa yang sangat lama untuk empuk.
Eh ejaan yang betul empuk atau empok ya?
Jadinya..MY pun masak ajelah macam masak rendang biasa...
Tapi santan lebihkan banyak...
Dengan anggapan...
Santan ni mengering nanti...
Ayam pun empuk la kot...
Mula mula MY masak dalam kuali atas dapur biasa.
Lepas kuah kering MY pun cuba la rasa ayamnya...
Mak oiii...
Keras ketong lagi rupanya...
Tak sabar MY nak tunggu sebelah dapur ni...
Dah sejam dah melangok depan kuali ni...
Panas...
Angkat..campak masuk pressure cooker Noxxa...
Masa mula mula masuk pressure cooker,
MY tak tambah air dah...
Letak High Pressure 10 minit...
Buka lepas 10 minit tu, hangit sikit bawah dia...
Hahaha... letih la macam ni...
Telefon mak, tanya nak buat macam mana...
Jawapan mak senang je..
Tambah air banyak sikit, lepas tu, kuali tutup,masak guna api kecil dalam 2 jam macam tu empuk la...
Haaaa? 2 jam?
Mujurla kat rumah ada pressure cooker...
Lepas tu,
Tambahkan air dan letak high pressure 10 minit,
Lepas tu tengok masih keras,
Tambah lagi 20 minit,
Keras lagi..
Tambah lagi 10 minit,
Alhamdulillah...
Dah ada rupa makanan akhirnya...
Jadi MY setkan pula kepada 'Stir Fry' untuk keringkan kuahnya...
Masa ni baru la letak kerisik, asam, garam dan daun kunyit.
Alhamdulillah... jadi juga akhirnya rendang ayam jago MY ni..
Atas dapur biasa sejam...
Total High pressure 50 minit,
Stir fry untuk keringkan kuah tak ingat dah berapa minit...
Masa ni nampak memang berbaloi beli periuk tekanan tinggi Noxxa ni...
Memang banyak kegunaan dan banyak memudahkan kerja...
Jadi kalau yang masih berkira kira nak beli tu...
Beli la...
Sekarang dah ada yang baru...
Dah upgrade banyak...
Lebih banyak fungsi dan lebih user friendly...
Keahlian Amway Mama Yan dah expired.
Baru cadang nak beli food processor pulak...hihihi...