Beberapa minggu yang lalu,
MY dok gegar suami minta dia belikan kacang hijau...
MY teringin nak makan bubur kacang hijau... dari bulan 5 asyik ulang "Tolong belikan kacang hijau...tolong belikan kacang hijau"
Lepas dah dibelikan kacang hijau...
Kacang tu tersimpan dalam kabinet...
MY tak buat buat pun buburnya...
Suami MY pula gegar...
"Bilalah kacang hijau tu nak bertukar menjadi bubur agaknya?"
Pehhh.... sakitnya la hati mendengarnya...
Beberapa hari yang lepas...
Dengan penuh kerajinan MY mencemar duli masuk ke dapur buat bubur kacang hijau...
MY guna periuk Noxxa je...
Cepat sikit kacangnya kembang...
Resepi bubur kacang hijau cincai
Bahan bahannya:
450 gram kacang hijau
1 biji ubi keledek oren
3/ 4 keping gula kabung
3 senduk kecil gula putih
Santan dari satu biji kelapa
Sehelai daun pandan disimpul
Sesudu garam
Cara MY buat bubur kacang.
1. Mula mula,
MY bersihkan kacang hijau. Basuh dan bilas kacang hijau macam kitq nak masak nasi tu.
2. Masukkan kacang hijau dan air ke dalam periuk Noxxa. Lebihkan air dalam 1 ruas jari sahaja daripada permukaan kacang.
3. Setkan ' high pressure' selama 15 minit
4. Sementara tu, boleh la kita parut kelapa dan perah santan. Kalau nak guna santan kotak pun boleh juga. Lagi senang dan cepat. Rasa pun sedap juga.
5. Selepas periuk Noxxa berbunyi tiittt tiittt.... sendukkan kacang hijau ke dalam bekas lain.
6. Masukkan pula keledek oren yang twlah dipotong kecil dan air ke dalam periuk Noxxa. Setkan 'low pressure' selama 3 minit sahaja. Jangan lama sangat, hancur pulak keledeknya nanti.
7. Angkat keledek keluar dari peiuk Noxxa bilq tempoh 3 minit sudah berakhir.
8. Dalam periuk lain, menggunakan api gas, masakkan santan, daun pandan, garam, gula kabung dan gula putih atas api sederhana. Sebelum santan mendidih, sentiasa kacau santan dalam periuk supaya santan tidak berketul ketul.
9. Selepas santan mendidih, masukkan kacang hijau dan ubi keledek.
10. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.
11. Sebelum makan, jangan lupa ambil gambar dulu....
Alhamdulillah...
Berjaya juga Mama Yan masak bubur kacang hijau.
Dah lebih setahun tak makan bubur kacang rasanya.
Teringat pula masa arwah kakak ipar MY yang kat JB ni masih ada...
Lepas dia siap buat kimoterapi,
MY selalu buatkan dia bubur kacang hijau ni kat dia..
Katanya, kacang hijau ni boleh mengurangkan kesan sampingan kemo. MY tak tau iye ke tidal. Tapi dah arwah selera makan bubur kacang je...buatkan aje la...
Sebenarnya...
Boleh terus letak santan dan gula dalam periuk Noxxa tu...
Setkan 'stir fry'...
Tapi hari tu MY nak guna periuk cap Buaya yang baru beli tu...
Jadinya... sebab tu la tak masak terus buburnya dalam Noxxa...
Gunakan Noxxa untuk lembutkan kacang hijau dan keledek aje...
Oh ya... ubi keledek ni option aje...
Boleh letak atau kalau taknak letak pun boleh je...
MY letak sebab keledek tu nak kasi warna dia ada oren oren sikit... barulah ceria.... hahaha...